Thursday 16 February 2017

Trip Gunung Irau (Mossy Forest)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama tidak mengemaskini blog. Bukan kerana tidak ada trip tapi tidak ada masa untuk mengarang dan menulis. Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi trip hujung minggu mendaki Gunung Irau melalui 'Mossy Forest' yang memang memuaskan hati.

Gunung Irau terletak di antara negeri Perak Darul Ridzuan dan Pahang Darul Makmur. Salah satu destinasi yang sesuai untuk hiker-hiker yang baru mula berjinak dalam hobi ini serta merancang untuk 'pek satu hari' atau 'bermalam'. Di samping dapat mendaki, anda juga dapat menikmati suasana di sekitar Cameron Highland setelah penat pulang dari puncak Irau.

Perlu diingatkan, jika anda berminat untuk mendaki Gunung Irau, mohonlah permit terlebih dahulu dengan:

Jabatan Perhutan Cameron
Tel: +05-491 1384

Bayaran:
1)Permit : RM10
2)4x4 (Dari Cameron Square ke Puncak Brincang) : RM40

Sebagai pecinta alam, komitmen dalam menjaga alam sekitar amat penting demi kelansungan masa hadapan. Kalau boleh, nanti nak ulang mendaki, suasana dan pemandangan masih sama seperti di dalam memori.

Gunung Irau (Mossy Forest):
Tahap stamina : 7/10
Keindahan pemandangan : 10/10
Waktu perjalanan (mendaki): 3-5 jam
Waktu perjalanan (menurun): 3-6 jam

Barang yang dibawa (saya sahaja):
1) Beg Deuter 20L
2) Biskut kacang bepang (bagus untuk tenaga segera)
3) Air isotonik 2x1.5L
4) Ubat-ubatan seperti penyembur kejang otot dan mintak panas
5) Lampu kepala
6) Coklat
7) Roti
8)Wind breaker

11 Feb 2017

2.00pg- Berkumpul dan bertolak dari R&R Sungai Buloh.
6.45pg- Tiba di Arandanova/Cameron Square. Solat Subuh dan bersiap untuk mendaki.
7.00pg- Menaiki kenderaan pacuan 4 roda ke puncak Brinchang.
7.30pg- Pendakian bermula.
10.30pg- Tiba di Mini Irau.
11.30tgh- Tiba di Puncak Gunung Irau.
12.30ptg- Mula menurui Gunung Irau.
1.15ptg- Tiba di Irau Mini.
6.00ptg- Tiba di puncak Brincang.
7.30mlm- Tiba di homestay.
9.30mlm- Menuju ke Pasar Malam Cameron Highland.
12.00mlm- Tidur

12 Feb 2017

10.00pg- Berkemas.
2.00ptg- Check out.
2.30ptg- Melawat Ladang Teh Boh Bharat Valley.
4.00ptg- Melawat Pasar Kea Valley.
6.00ptg- Bergerak pulang.

Di sini, saya hanya meringkaskan cerita berkenaan Cameron Highland kerana tujuan asal trip adalah untuk mendaki Gunung Irau dan bersiar-siar di sekitar Cameron Highland adalah objektif sampingan. Untuk perincian Cameron Highland mungkin di sesi penulisan yang lain. :P

Pendakian bermula secara berkumpulan seramai 13 orang. Trek akan bermula dengan jambatan kayu dalam jarak lebih kurang 500m dan seterusnya trek danau. Secara ringkas, pendakian Gunung Irau penuh dengan naik dan turun. Namun, cuaca dan pemandangan sedikit sebanyak menghilangkan rasa penat. Sepanjang perjalanan, anda disajikan dengan suhu dingin 13'C-16'C berserta pemandangan lumut yang menghijau.

Puncak pertama Gunung Irau adalah Mini Irau. Sesuai untuk dijadikan hentian rawat dan rehat atau tapak khemah. Mini Irau merupakan 'false peak' dan bukan puncak sebenar Gunung Irau. Tambahan purata 1 jam untuk meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Irau.

Cuaca tidak mengizinkan kami untuk menikmati pemandangan Cameron Highland dari puncak Gunung Irau namun suhu yang sejuk berserta gerimis pagi memadai sebagai peneman kami. Trek berlecak serta terdapat beberapa tempat yang tidak kukuh terutamanya ketika melalui kawasan berlumut. Oleh itu, peringatan ketika mahu bergambar, berhati-hatilah.

Menaiki 4x4 ke Puncak Brinchang

Ber'we-fie' di hadapan pintu masuk Puncak Brinchang

Permulaan pendakian

Menuruni jambatan kayu permulaan

Keadaan yang berkabus

Excited bergambar

Menuju puncak

Elven Forest "You shall not pass"

Victoria Models in Mossy Forest

Victoria Models in Mossy Forest part 2

Pemandangan yang cantik menjadikan model cantik :P

Pemandangan yang cantik menjadikan model cantik :P

Pemandangan yang cantik menjadikan model cantik :P

Jangan kata abang tak payung

Bunga-bunga mula berputik

Periuk kera

Pemandangan sekitar yang berkabus

Misi Buang Cicin 



Mini Irau

"Puncak Irau kat sanalah.Ini versi mini"

The Malaysia Reject

"Ingin menembak hati awak~~"

Bergembira

Di Puncak Gunung Irau

Abang sempoi

Menuruni Gunung Irau

Homestay kitorang di Tanah Rata Cameron Highland

Menikmati secawan teh panas

Pemandangan pulang dari Cameron Highland 

Kita dan alam