Saturday, 14 July 2012

Pengalaman pertama di Sabah


Assalamualaikum. Berkongsi pengalaman berada di Negeri Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Jom sama-sama kita merasai pengalaman seminggu di Sabah....Tengok papan tanda.Mana nak pergi ni?? Pantai Tanjung Aru ke Bandar Kota Kinabalu? Destinasi pertama kita ialah Kundasang. :)


 Subhanallah...macam RIO DE JANEIRO tak?Ala,mcm dalam citer Fast Five.(sebenarnya aku pon x tau sgt.member aku yg ckp.tp pasal mcm Rio De Janeiro tu aku x tipu).

2 jam perjalanan(kata org.aku langsung x perasaan.sedar2 je dah sampai-sdp sgt tido),sampai sudah kat Ranau,Kundasang. Tempat ni mmg best. CANTIK,NYAMAN DAN DAMAI~~~.Kat bwh ada lagi gambar kat Kundasang. Kundasang memang cantik termasuklah sumandak-sumandaknya (gadis-gadis)...hihihi. Tapi pemandangannya memang terbaik. Indahnya lukisan Ilahi. Rasa macam nak terus menetap kat sini pun ada.

 Kampung Lembah Permai

Kebun Keluarga Angkat

Tomato Fresh!!

Wow,lada bengala.kali pertama tgk pokoknya :)

Adik-beradik angkat yang hepi makan buah black and red berry

Pemandangan petang Gunung Kinabalu

Jalan ke Mesilau (pintu naik G. Kinabalu)

 Sekeluarga kat Mesilau Gate

Kebun sayur masa balik rumah

 Selepas 2 hari 1 malam kat Kg. Lembah Permai, Ranau, Kundasang, kitaorang menuju ke Timpon National Park untuk naik Gunung Kinabalu melalui Pintu Timpon. Masa perjalanan tidak diketahui sebab sedar-sedar je, dah sampai.(tidur lagi)

 Pemandangan G. Kinabalu dari Timpon

Bilik kitorang

Peta G. Kinabalu

Gambar Naib Canselor UMP dan climbers selepas sarapan

Pintu Timpon

0.5km pertama. Lagi 5.5km...

Rehat jap

Pemandangan di trek mendaki

Checkpoint 2.5km

Naib Canselor di 3.5km

~~Huih,dah nampak puncak.terujanya~~

Awan ade kat bawah la....

Kat Laban Rata

 Fuih,sampai jugak kat Laban Rata. Di sinilah pendaki berehat sebelum meneruskan pendakian ke puncak Low Peak pada waktu malam. Di sini jugalah cabaran sebenar bermula. Kekuatan mental amatlah diperlukan di saat ini. Sintom Altitude Mountain Sickness (AMS) yang ringan juga muncul pada kebanyakkan pendaki.

 Petanda seperti pening kepala, sakit kepala, mual-mual dan sebagainya dialami oleh pendaki terutamanya setelah pendaki berehat atau tidur. Ini kerana kadar metabolisma badan menurun dan badan mengalami tindak balas untuk menyuaikan dengan persekitaran baru; tekanan rendah, suhu yang rendah dan kandungan oksigen yang rendah. Kepenatan juga menjadi faktor pendaki mengalami sintom ini.

Petua mengurankan kesan AMS:
1)Minum banyak air
2)Sapu minyak panas, minyak angin dan seumpama dengannya.
3)Menutupi teliga dengan sesuatu seperti snowcap sebelum tidur
4)Makan
5)Bernafas dalam-dalam
6)Berjalan-jalan atau banyakkan bergerak
7)Panaskan badan atau kurangkan haba hilang dari badan dengan kekal di dalam penginapan atau dewan makan untuk satu jangka masa.
8)Mengambil pil tahan sakit seperti paracetamol (penadol) dalam dos yang ditetapkan

 Saya sendiri juga mengalami sakit kepala setelah terjaga dari tidur. Setelah makan, di dewan makan, sakit kepala mula berkurang. Kemudian sambung tidur sebelum pendakian ke puncak bermula pada jam 0100H.

Suhu kat Laban Rata (1730H) --> Kanan celcius dan kiri farenheit

Puncak Singgit??!!(Sendiri bagi nama).Cuba lihat pada wang seringgit anda. SAMA x??

Guide kitorang.

Pokok kat puncak

Naib Canselor UMP dan climbers



 Pendakian ke Puncak Low Peak's memang agak mencabar. Tidak semudah yang disangka. Namun, apabila sampai di puncak, segala-galanya berbaloi. Hilang penat, sakit kaki atau sebarang jenis yang sakit ada pada masa itu. Pemandangannya memang indah. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Matahari terbit dengan cahaya keemas-emasan. Bakal menjadi kenangan yang terpahat di memori ini. Insyallah jika ada kesempatan lagi, sekali lagi ingin kau didakiku, wahai Gunung Kinabalu. Sekali lagi, Allahuakbar.

 Setelah mendaki gunung, laut pula direnangi. Kemudian peserta berkesempatan untuk bersnokerling dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah. Tapi dalam kegembiraan untuk berenang, boleh semua peserta mengalami sakit sendi-sendi.hihihi..macam orang tua la plak. Akan tetapi, itu tidak menghalang kami untuk bersenok menikmati keindahan maritim Sabah pula. (Gambar bersnokerling xder la.sbb seronok sangat main air. Lagipun basah. xleh pegang kamera...huhuhu)

 Batu karang dan hidupan laut seperti ikan badut (memo), ikan bintik2, ikan singgang (member aku yang cakap.Aku x nmpk pon) memang cantik. Setelah menikmati pemandangan gunung, laut pula dinikmati. Kami bersnokerling kat laut lepas dan Pulau Manukan. Ni la sket gambar pantai Sabah

 Jeti UMS


 Posing atas bot



 Bandar Kota Kinabalu


 Jeti Nelayan

 Pasar

Lumba (Bot mane lagi laju)


 Selepas tu, kitorang ronda-ronda bandar Kota Kinabalu untuk beli cenderamata atau cenderahati untuk buah hati atau member-member semenanjung. Kitorang pergi kat Pasar Filipina. Banyak cenderamata yang terdapat kat situ. Baju, gelang,rantai, kraftangan, muatiara asli dll. Makanan macam udang kering, ikan kering, gamat juga boleh didapati kat sana.
 Banyak juga wang habis kat situ. Lebih kurang RM300 untuk cenderamata sahaja. Itu tidak termasuk makan lagi.RM77 habis untuk makanan mewah laut. Seekor ikan aji-aji (xkenal boleh google), seekor udang biasa lebih kurang 500g dan seekor udang galah seberat 200g,lebih kurang jugak. Nasi+air kelapa...perghh,mmg puas hati makan. x ingat dunia.



Ulam (rumpai laut-sedap)

Udang gergasi. Fuih,menyelerakan!

 Itulah sedikit tentang pengalaman di bumi bawah bayu ini. Banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan dan pastinya tidak akan berakhir di sini, insyallah. Trimas kerana sudi membaca, dan komen anda amat dihargai untuk blog saya yang kedua...hihihi