Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nak bercuti tapi tak tahu nak ke mana?
Nak berjalan tapi tak ada bajet?
Apa yang menarik kat Penang?
Ini sedikit pengalaman saya bercuti dalam satu percutian yang dirancang satu malam sebelum perjalanan. Trip yang bajet namun perlu padat dengan aktiviti. Trip ini dicadangkan oleh seorang sahabat satu universiti dalam satu panggilan telefon pada cuti semester. Jadi apa lagi, perancangan dibuat melalui kajian di internet. Trip yang menyeronokkan tetapi mesti dalam bajet. Jadi, pencarian tempat-tempat menarik di Pulau Pinang bermula. Jom ikut trip kitorang ke Pulau Pinang!
4 Feb 2015
11.00mlm-Perjalanan bermula dari Batu Caves. Dengan cermat, pemanduan dimulakan. Satu kereta Wira dengan tiga penumpang termasuk pemandu. Sebelum memasuki Lebuhraya Utara-Selatan, minyak kereta perlu diisi. RM45 dibelanja untuk minyak hampir penuh satu tangki. Seterusnya, kereta memasuki Lebuhraya Utara-Selatan melalui Tol Duta. Untuk pemandangan malam yang cantik, hentian Vista Point selepas Tol Ipoh Selatan mampu memberikan pemandangan yang mengujakan.
Tip Pemanduan: Perancangan pemanduan mesti dilakukan sama ada bertulis atau tidak. Rancang giliran pemanduan dan perhentian rehat. Penting bagi memastikan trip anda seronok dan selamat. Sekiranya berlaku kerosakan, telefon nombor kecemasan yang terdapat pada tiket tol anda.
5 Feb 2015
3.00pg-Tiba di Tol Juru. Jadi, RM43.30 dikeluarkan untuk tol. Kami meneruskan perjalanan memasuki Pulau Pinang melalui jambatan lama iaitu Jambatan Pulau Pinang. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila kami berhenti di Jambatan Pulau Pinang. Kami tidak mengetahui tentang larangan tersebut.Nak dijadikan cerita, kami diberi amaran oleh peronda jambatan agar tidak meletakkan kereta di bahu jambatan. Namun, kami sempat mengambil gambar di jambatan yang menjadi simbolik Pulau Pinang.
4.00pg-Masih awal pagi. Jadi kami mengalas perut terlebih dahulu di Restoran Pelita cawangan Pulau Pinang di hadapan USM. Purata RM4 dibelanja untuk teh tarik dan roti. Kurang memuaskan diatas layan yang diberikan oleh staf.
5.00pg-Masih awal ke? Jadi kami bertiga lepak di Cyber Cafe bersebelahan Pelita selama sejam pada kadar RM2 menunggu masuk waktu Subuh.
6.00pg-Solat Subuh di Masjid USM. Setelah selesai, mata direhatkan sebentar sebelum aktiviti seterusnya.
8.30pg-Kami mulakan aktiviti pagi kami di Pulau Pinang ini dengan mengisi perut. Tidak mesti tidak, sarapan yang terkenal di sini, Taman Tun Sardon perlu dirasai. Mesti! Pencarian kami ke destinasi yang dituju tidak sia-sia. Memang sedap seperti dinyatakan di dalam lagendanya! Serabai bersama kuahnya cukup menendang (kick) deria rasa. Kopi dan teh tarik memang kaw! Mau terangkat dibuatnya. "Nora bagi 5 bintang!!" Selain itu, nasi Lemuni juga sedap bersama servisnya yang terbaik. Pendek kata, permulaan percutian kami di Pulau Pinang memang terbaik!!
10.00pg- Percutian diteruskan lagi dengan tempat yang signifikasi dengan Pulau Pinang, Bukit Bendera. Minyak, RM45 diisi bagi meneruskan perjalanan. Kami tiba di Bukit Bendera pada jam 10.50pg. Sebenarnya, perjalanan dari Taman Tun Sardon ke Bukit Bendera hanya memakan masa dalam 30 minit. Namun, perangkap GPS menyebabkan kami sesat. Awas, kepada sesiapa yang menggunakan GPS untuk ke Bukit Bendera! Pastikan anda menetapkannya di Tren Bukit Bendera. Jika tidak, ia akan membawa anda ke trek Bukit Bendera seperti kami! Tiket untuk menaiki tren Bukit Bendera adalah RM10 dan RM6 untuk pelajar. Jadi total RM6 tambah RM3 untuk 'parking'.
Pemandangan yang cantik. Nampak satu Pulau Pinang. Udara yang nyaman. Memang salah satu destinasi yang mesti dilawati bagi pelancong yang melancong ke sini. Satu tarikan baru yang unik adalah LOVE. Apa itu LOVE?
"Selamat Datang ke Bukit Bendera" |
Pintu Masuk Tren Bukit Bendera |
Padlock 'LOVE' |
BUKIT BENDERA |
Kepada sesiapa yang meminati seni bina tradisional, anda juga boleh melawati Tokong Kek Lok Si. Salah satu daripada tokong terkenal di Malaysia yang sangat besar. Seni binanya juga unik dan menarik. Lokasinya, berhampiran dengan Bukit Bendera. Hanya 5 minit perjalanan kereta. Hanya perlu membayar RM3 untuk letak kereta.
2.45ptg-Sedar atau tidak, jam sudah menandakan pukul 2.45ptg. Perut sudah berbunyi dan lapar. Maka, tiba masa untuk ke salah satu tempat makan yang terkenal di Pulau Pinang iaitu Nasi Kandar Line Clear. Kedainya tidak seperti namanya yang terkenal, hanya gerai di celah bangunan. Namun, rasanya cukup asli. Rasa karinya yang pekat dan kaya dengan rempah. Memang terangkat! Jadi RM9 untuk sepinggan nasi kandar, ayam goreng, sayur berserta kuah banjir dan segelas teh ais.
5.05ptg-Malam hampir menjelma. Setelah menikmati makan tengah hari, daftar masuk tempat penginapan perlu dilakukan. Ingin mencari penginapan yang murah? Disini kami berjaya mencari tempat menginap pada kadar RM7/mlm. YA! Hanya RM7 untuk satu malam. Jadi jumlah penginapan untuk seorang adalah (RM7X3)+RM4=RM25. Caj RM4 yang dikenakan adalah untuk perkhidmatan dobi cadar. Jadi memang sangat berbaloi untuk percutian bajet. Di mana? Kami menginap di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang.
Atau hubungi 04-6581369 (Pejabat Kompeks Belia dan Sukan Pulau Pinang) untuk maklumat lanjut.
11.00mlm-Setelah berehat dan pengurusan diri, masa untuk menikmati makan malam. Di mana? Kami bergerak ke Medan Selera Padang Kota. Kali pertama tiba di sana, kami dihurungi oleh pelayan-pelayan gerai di medan selera. Pengalaman pertama di pulau mutiara ini. Jadi, diringkaskan cerita, kami memesan Mee Udang bagi saya dan sahabat saya. Mee sotong bagi sahabat saya yang lain. Agak terkejut dengan harga Mee Udang, satu pinggan mee bersama dua ekor udang dengan harga RM8. Harapan kami untuk merasai rasa Penang namun timbul rasa penyesalan. Manakala harga bagi Mee Sotong pula RM6. Satu pengajaran berharga buat kami, tanya harga dulu! Pesan kemudian. Namun, bagi mengelakkan ia menghantui kami berdua, kami hanya menikmati mee RM8. Rasanya OK namun tidak mencapai markah penuh.
12.00pg-Sebelum pulang, kami bersiar-siar di sekitar bandar Georgetown, menikmati pemandangan malam bandar Warisan UNESCO. Satu hari yang memenatkan namun diisi dengan keseronokan percutian.
Jadi total perbelanjaan bersama untuk hari pertama percutian:
RM45 - Minyak dari K. Lumpur ke Penang
RM43.30 - Tol dari Tol Duta ke Tol Juru
RM45 - Minyak untuk di pulau
<RM10 - Bayaran Letak Kereta
=>RM143.30/3=RM48
Perbelanjaan peribadi:
RM4 - Makan awal pagi di Pelita
RM4- Sarapan di Taman Tun Sardon
RM6 - Tiket tren Bukit Bendera
RM9 - Nasi Kandar Line Clear
RM25- Penginapan keseluruhan
RM8+RM1.50- Mee Udang + Teh Tarik
=>RM58
Total hari pertama=RM58+RM48=RM106
Nantikan kemas kini selanjutnya untuk hari percutian kami seterusnya di Pulau Pinang dengan aktiviti yang padat namun di dalam bajet yang rendah.