Wednesday, 18 October 2017

Ho Chi Minh, Vietnam- Hari Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di blog kali ini,saya akan berkongsi pengalaman kembara di bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Perjalanan saya bermula pada Jumaat, 17 Mac 2017. Kelam kabut saya dibuatnya kerana mengejar penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Ini kerana, sebaik sahaja selesai urusan kerja pada jam 12.00 tgh, saya menuju ke Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan untuk mengambil ERL kerana ingin menunaikan solat Jumaat di sana.

Sebaik sahaja tiba di KLIA 2 tepat pada jam 1.00ptg, saya terus mencari teksi menuju ke masjid berdekatan, Masjid Sultan Abdul Samad. Perjalanan mengambil masa selama 10 min dengan menaiki teksi.

Selesai solat Jumaat, saya kembali ke KLIA 2 selepas makan tengah hari di masjid. Setibanya di KLIA 2, saya terus semak masuk untuk pemeriksaan keselamatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh.

Pada jam 6.45 ptg, kapal terbang Airasia AK524 berlepas. Saya tiba di sana pada jam 7.45 mlm waktu tempatan. Tanpa membuang masa, saya terus mencari bas Shuttle No 109.

Bus Shuttle No 109 yang melalui Pasar Ben Thanh

Dengan bantuan konduktor bas, saya meminta bantuan beliau untuk menurunkan saya di Pasar Ben Thanh. Ini kerana hostel yang saya tempah untuk menginap sepanjang berada di Ho Chin Minh berhampiran dengan Pasar Ben Than. Dari Pasar Ben Thanh, saya berjalan selama lebih kurang 10 minit untuk tiba di Hostel Sakura Saigon.

Hostel Sakura Saigon

Sebaik sahaja selesai semak masuk hostel, saya mengemas barang-barang saya. Fuh, berpeluh jugak berjalan dari Pasar Ben Thanh ke Hostel Sakura Saigon! Setelah mandi dan rehat sebentar, saya menuju ke Pasar Ben Thanh untuk menikmati pemandangan malam bandar Ho Chi Minh.

Pemandagan waktu malam Bandar Ho Chi Minh

Bulatan Berkuda (Landmark) untuk ke Hostel Sakura Saigon

Pemandangan malam Malaysia Street

Sebelum tiba di Pasar Ben Thanh, saya melalui salah satu jalan yang popular di Ho Chi Minh terutamanya di kalangan pelancong Malaysia, Malaysia Street. Suasana malam di sini begitu meriah dengan peraih-peraih serta pelancong-pelancong yang majoritinya orang Malaysia. Saling tak tumpah seperti di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Rata-rata peraih di sini mampu berbahasa Malaysia dan di sini juga terdapat banyak kedai-kedai makan Halal Muslim.

Kopi Vietnam

Kalau dah ke Vietnam, perkara yang wajib dilakukan adalah mencuba kopi Vietnam, terutama bagi penggemar kopi seperti saya. MEMANG PADU BEB!! Rasa kopi Vietnam yang padu serta mempunyai rasa unik yang tersendiri  memang dalam satu kategori yang tersendiri, Kopi Vietnam. Biji kopi yang ditanam di tanah tinggi Vietnam serta diproses di tempatan dengan cara tersendiri. Serbuk Kopi Vietnam juga sesuai dijadikan oleh-oleh untuk teman-teman di Malaysia.

Setelah menikmati kopi dan menikmati pemandangan malam di sekitar Pasar Ben Thanh, saya pulang ke hostel sebelum hari bertukar tarikh. Badan direhatkan untuk pengembaraan hari esok :D

Saturday, 14 October 2017

Trip Bajet Saigon aka Ho Chi Minh, Vietnam (Bawah RM600)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Xin Chao! Kali ini saya nak berkongsi pengalaman kembara ke Saigon atau Ho Chi Minh di Vietnam. Sebenarnya, trip ni saya buat pada bulan April tahun ni (2017), namun disebabkan kekangan masa dengan kerja menyebabkan penulisan kali ini agak lambat.

Kali ini, saya ingin berkongsi cara-cara untuk mengembara ke Vietnam dengan total bajet sebanyak RM600. Ya, betul! Semua saya perbelanjaan tidak termasuk dengan membeli-belah hanya RM600 untuk selama 5 hari 4 malam. Berikut adalah ringkasan perbelanjaan saya:

Tiket kapal terbang ke Ho Chi Minh pergi balik(+bagasi pulang 20kg): RM208
Penginapan: RM80(4 malam)
ERL(TBS ke KLIA2): RM38.40
Total: RM326.40

Hari Pertama:
Bas ke Pasar Ben Thanh: RM4(20,000VND)
Kopi Viet :RM3(15,000VND)
Topi: RM16(80,000VND)
Total: RM23

Hari Kedua:
Sarapan:RM12(60,000VND)
Kopi Viet:RM3(15,000VND)
Sim Kad: RM31(155,000VND)
Muzium Perang: RM3(15,000VND)
Kopi Viet: RM3(15,000VND)
Air 100Plus: RM2(12,000VND)
Aquafina: RM1(4,000VND)
Dasani: RM1.50(8,000VND)
Mangkuk Plastik: RM3(15,000VND)
Trip Mekong: RM67(335,000VND)
Sabun+Gel: RM10(50,000VND)
Total: RM136.50(682,000VND)

Hari Ketiga:
Nasi Goreng Kampung: RM10(50,000VND)
Air: RM2(10,000VND)
Ciku 1kg:RM5(20,000VND)
Makan malam: RM20(100,000VND)
Garfu: RM3(15,000VND)
Twister: RM6(30,000VND)
Total: RM46(230,000VND)

Hari Keempat:
Air Minum:RM1(4,000VND)
Bas ke Chu Chi Tunnel:RM5(26,000VND)
Cola:RM6(30,000VND)
Tiket Chu Chi Tunnel: RM18(90,000VND)
Dress budak: RM40(200,000VND)
Beg 20Lx3: RM60(300,000VND)
Beg 55L: RM25(125,000VND)
Baju Body Amour x4: RM50(100,000VND)
Baju Hard Rock Cafe x5: RM35(175,000VND)
Kopi: RM3(15,000VND)
Total: RM243(1,115,000VND)

Hari Kelima:
Teksi ke Lapangan Terbang: RM30(150,000VND)
Air Minum: RM8(USD$2)
Bas ke TBS: RM11
Total: RM49

Jadi, keseluruhannya adalah:
Pre-Trip: RM336.40
Hari Pertama: RM23
Hari Kedua: RM136.50
Hari Ketiga: RM46
Hari Keempat: RM243
Hari Kelima RM49

Keseluruhan:RM823.90-RM226=RM597.90

Jadi nak tahu lebih terperinci mengenai kembara saya, nantikan penulisan blog dalam masa yang terdekat :D

Hari Pertama:
http://budak21.blogspot.my/2017/10/ho-chi-minh-vietnam-hari-pertama.html

Hari Kedua:
http://budak21.blogspot.my/2018/05/ho-chi-minh-vietnam-hari-kedua.html