Sunday, 27 May 2018

Ho Chi Minh, Vietnam- Hari Kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seusai bangun pagi dan solat Subuh, saya terus persiapkan diri untuk pengembaraan hari kedua di Ho Chi Minh. Saya ditegur oleh penyambut tetamu di lobi hostel lalu saya mengambil kesempatan untuk bertanyakan tempat-tempat menarik yang harus dilawati oleh pelancong seperti saya. Beberapa risalah mengenai tempat menarik seperti Sg Mekong, Terowong Chu Chi dan peta bagi kawasan sekitar bandar dikongsi bagi memudahkan untuk digunakan sebagai rujukan.

Risalah Tour Guide


Bulatan Berkuda (Siang)

Sebelum perjalanan diteruskan untuk hari ini, ayuh kita bersarapan di Restoran Hj Basiroh. Restoran Hj Basirah terletak di Lorong atau Jalan Nguyen An Ninh atau lebih dikenali sebagai Malaysia Street. Hasil dari tinjauan semalam, saya dapat lihat banyak kedai atau restoran yang halal dan menunya kebanyakkan mirip dengan menu tipikal Malaysia. Oleh kerana lorong ini tidak jauh dari tempat saya menginap, ini adalah destinasi utama bagi mencari makanan halal.


Suasana pagi di Restoran Hj Basiroh

Nasi goreng biasa

Rasanya OK tetapi sedikit lain rasanya berbanding di Malaysia. Mungkin perencah yang digunakan berlainan berbanding tipikal di Malaysia. Setelah sarapan, barulah bertenaga. Hari ini saya merancang untuk menjelajah di sekitar bandar Ho Chi Minh. Sebelum memulakan perjalanan, saya perlu mencari sim card untuk kegunaan di Vietnam. Hari ini, segalanya lebih mudah dengan telefon pintar dan data.

thegioigidong.com

Penyambut tetamu menyarankan supaya saya membeli sim card di thegioididong.com. thegioididong.com merupakan salah satu kedai francais barangan elektronik/telefon di Vietnam. Jadi kedai ini merupakan destinasi yang harus dikunjungi jika anda ingin mencari sim card atau aksesori telefon pada harga yang perpatutan dan diyakini. Berikut adalah senarai perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar (wireless) yang terdapat di Vietnam:

1) Viettel Mobile(Rangkaian terluas*)
2)MobiFone
3)VinaPhone(Data yang murah*)
*Merupakan pandangan peribadi
Peringatan, anda perlu menunjukkan passport anda untuk mendaftar sim card.

Jadi saya memilih sim card VinaPhone kerana datanya yang murah (155,000VND). Namun liputannya terhad kepada kawasan bandar dan jika anda banyak berjalan di luar bandar Ho Chi Minh, lebih baik anda menggunakan Viettel Mobile. 

Dengan data dan telefon pintar, saya berjalan-jalan di sekitar bandar Ho Chi Minh. Destinasi pertama saya, Muzium Perang Vietnam. Bagi saya, muzium adalah salah satu destinasi wajib untuk dikunjungi buat kali pertama bagi mengetahui sejarah bagi kawasan tersebut. 

Dalam perjalanan ke muzium, banyak perkara-perkara yang menarik bagi saya. Kabel elektriknya berbeza dengan kabel elektrik di Malaysia. Semua kabel disimpulkan di atas tiang yang sama. Kalau ada faulty macam mana nak troubleshoot? Sempat juga saya singgah di kedai serbaneka untuk beli 100 plus dan air mineral. Keadaan jalan raya pula sibuk dengan kenderaan dan majoriti daripadanya adalah motorsikal.

Kabel Elektrik di Vietnam

100 Plus di Vietnam

Keadaan jalan di Ho Chi Minh

Setibanya saya di perkarangan Muzium Perang Vietnam, pintu pagarnya sedang ditutup. Ini kerana waktu sekarang masih di luar waktu operasi. Selang 10 minit, pintu pagar kembali dibuka. Bayaran sebanyak 15,000VND dikenakan bagi pelancong luar. Banyak bahan pameran yang disediakan kesan daripada perang Vietnam-Amerika Syarikat 1955. Banyak cerita dan tinggalan sejarah hasil daripada perang dasyat ini yang meragut lebih sejuta nyawa penduduk Vietnam hasil kekejaman Amerika Syarikat. Terdapat banyak pameran kenderaan perang, senjata dan peluru yang digunakan semasa perang terbabit.

Waktu Operasi Muzium Perang Vietnam:
Hari: Setiap hari (Kecuali cuti umum)
Pagi: 7.30pg-12.00tgh
Rehat: 12.00tgh-1.30ptg
Petang:1.30ptg-5.00ptg


Muzium Perang Vietnam (Dari luar)

Helikopter US

Kereta Kebal US

Kereta Perisai US

Meriam US

Meriam Anti-Udara

Jet Tempur US

Alat siksaan tawanan perang

Gambaran suasana penjara tahanan perang

Gambaran Sel Tahanan

Destinasi saya yang seterusnya pula adalah Independant Palace dimana tempat Pengisytiharan Tamat Perang. Lokasinya berhampiran dengan Muzium Perang. Namun saya tidak masuk ke dalam kerana hari sudah petang dan masih banyak lagi destinasi yang belum saya lawat. Sekiranya anda berkesempatan, ini merupakan destinasi yang popular dan disyorkan untuk melawat kerana seni binanya yang menarik berserta kisah di sebalik bangunan yang sehebat seni binanya.

Independant Palace (Istana Kemerdekaan)

Seterusnya saya menuju ke Saigon Notre Dame Cathedral Basilica. Gereja ini telah dibina sejak dari zaman penjajahan Perancis pada tahun 1888. Seni binanya yang menarik dibina dari bahan yang diimport dari Perancis. Ramai pelancong tempatan mahupun pelancong tempatan mengambil kesempatan untuk bergambar berlatarkan bagunan tinggalan sejarah ini. Tempat wajib bagi anda yang gemar untuk berfoto.

Pandangan sisi Saigon Notre Dame

Pandangan depan Saigon Notre Dame

Pandangan depan Saigon Notre Dame-2

Seterusnya saya terus bersiar-siar di sekitar bandar Ho Chi Minh sebelum malam berlabuh. Akan tetapi, sebelum itu, saya singgah sebentar di Masjid Musulman untuk solat. Di dalam perjalanan menuju ke masjid, saya melewati Rumah Opera Ho Chi Minh yang mempunyai seni arkitektur yang unik yang berinspirasi dari zaman Renaissance.

Rumah Opera Ho Chi Minh

Masjid Musulman, Ho Chi Minh


Setelah menunaikan solat, saya sempat berbicara dengan orang Islam tempatan. Apa yang menarik, beliau mampu berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Lalu kami singgah sebentar di gerai minuman yang terletak di dalam perkarangan masjid tersebut. Beliau berkongsi kisah pengalaman hidup beliau di Kuala Lumpur di mana beliau merantau untuk mencari rezeki sebagai tukang masak. Dengan mengucap salam kepada beliau, saya meneruskan perjalanan ke Bach Dang Waterfront. 

Salah satu mercu tanda bagi Bach Dang Waterfront ialah tugu Tran Hung Dao. Tran Hung Dao merupakan putera raja Dai Viet (Vietnam Lama). Beliau merupakan lagenda Vietnam yang berjaya mengalahkan bala tentera Mongol di bawah penguasaan Kublai Khan. Beliau juga banyak mengarang buku mengenai seni perang.

Tugu Tran Hung Dao

Nguyen Hue Walking Street

Apartment 42 Nguyen Hue

Dewan Bandar berserta Tugu Mantan Presiden Ho Chi Minh

Mengusuri lorong-lorong, saya tiba di dataran Nguyen Hue. Di sini merupakan tempat reakrasi penduduk setempat terutamanya di hujung minggu. Saya juga sempat berbual dengan penduduk setempat yang bercerita tentang dataran ini. Banyak acara turut diadakan di sini. Tidak jauh dari dataran Nguyen Hue, terdapat tugu mantan Presiden Ho Chi Minh, merupakan bapa kemerdekaan Vietnam. Di belakang tugu itu merupakan bangunan dewan bandar.

Malam hampir berlabuh lalu saya terus pulang ke hostel. Setelah berehat sebentar menghilangkan penat berjalan kaki, teman hostel saya mengajak untuk keluar makan atau dinner. Pada ketika itu, saya telah makan mee segera yang diterbangkan khas dari Malaysia. Namun begitu, kami berempat menaiki Uber menuju ke restoren pilihan teman baru kami. Kami berkongsi pengalaman masing-masing dan berkongsi tip-tip sebagai seorang backpacker.

Dinner