Saturday, 7 May 2016

Trip Santai Sungai Kemensah

Assalamaualaikum dan salam sejahtera,



Sudah lama saya tidak memperkemaskinikan blog saya. Agak sibuk dengan kerja. Namun, kali ini ingin sekali saya berkongsi aktiviti riadah yang dapat kita lakukan pada hujung minggu secara santai-santai sama ada bersendirian, bersama sahabat handai mahupun dengan keluarga.

Bagi pembaca sekalian yang menetap di Kuala Lumpur dan kawasan di sekitarnya seperti Gombak, Wangsa Maju dan Selayang, aktiviti kali ingin sangat sesuai untuk anda. Trip Santai Ke Sungai Kemensah perlu menjadi sebahagian daripada alternatif untuk meluangkan masa hujung minggu.



Terletak di Kampung Kemensah dan mudah untuk sampai melalui MRR2. Perjalanan dari pusat bandar hanya memakan masa selama lebih kurang 20 minit. Petanda lokasinya, Zoo Negara. Dari MRR2, anda perlu masuk ke dalam lorong betul-betul di sebelah zoo. Tidak jauh dari zoo, anda akan tiba di Kampung Kemensah dan tidak jauh dari situ, merupakan Sungai Kemensah. Berikut adalah ringkasan trip kita kali ini:

Sungai Kemensah:
Tahap stamina : 1/10
Keindahan pemandangan : 7/10
Kejernihan air: 4/10
Kedalaman air(purata): 1.5m
Bayaran/org: RM2
Kemudahan berkelah: 7/10

8.00pg- Bertolak dari Gombak
8.30pg-Tiba di Sungai Kemensah.









Berikut adalah pemandangan daripada pintu masuk di Teratak Angah Chalet. Perincian bayaran untuk masuk bagi adalah seperti yang tertera di atas.

Walaupun air agak keruh kerana takungan, namun, pengalaman mandi di sini secara keseluruhannya memuaskan. Program yang sesuai untuk dilakukan pada hujung minggu setelah penat bekerja. Suasana yang dikelilingi alam semulajadi menjadikan diri kita jauh dari kiruk-pikuk bandar serta menenangkan jiwa.

Kemudahan seperti tempat untuk memangang sesuai untuk sesiapa yang berminat untuk membuat "BBQ" dan perlu diingatkan, sejumlah RM15 dicaj untuk memasang khemah. Tempat yang mesra keluarga dan kanak-kanak. Terdapat juga kemudahan gelongsor dan tali 'tarzan' untuk keseronokan.

Gelongsor Sungai

Kemudahan penginapan

Tali Tarzan

Bilik Air dan tandas

Tempat Pemanggang

Pemandangan Teratak Angah Chalet

Kemudahan yang terdapat di Teratak Angah Chalet


Empangan Mini

Bangku yang disediakan

Pemandagan Sungai Kemensah

Ini sahaja perkongsian ringkas saya mengenai Trip Santai Sungai Kemensah. Kepada sesiapa yang berminat untuk saya membuat liputan mengenai tempat riadah ataupun tempat yang anda rasa sesuai untuk beriadah secara santai-santai, anda boleh komen di bawah. Setiap komen anda amatlah dihargai. Kepada sesiapa yang mempunyai soalan atau pertanyaan, anda juga dialu-alukan.

Konklusinya, siapa kata budak bandar tidak dapat menikmati keindahan dan kenikmatan alam semula jadi. Lokasi yang dekat dengan pusat bandar dan tidak memerlukan bajet yang tinggi. Satu destinasi yang ideal untuk diluangkan masa yang berkualiti bersama yang terdekat. Sekian

No comments:

Post a Comment