Thursday, 30 April 2015

Trip Bajet Penang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nak bercuti tapi tak tahu nak ke mana?
Nak berjalan tapi tak ada bajet?
Apa yang menarik kat Penang?

Ini sedikit pengalaman saya bercuti dalam satu percutian yang dirancang satu malam sebelum perjalanan. Trip yang bajet namun perlu padat dengan aktiviti. Trip ini dicadangkan oleh seorang sahabat satu universiti dalam satu panggilan telefon pada cuti semester. Jadi apa lagi, perancangan dibuat melalui kajian di internet. Trip yang menyeronokkan tetapi mesti dalam bajet. Jadi, pencarian tempat-tempat menarik di Pulau Pinang bermula. Jom ikut trip kitorang ke Pulau Pinang!

4 Feb 2015
11.00mlm-Perjalanan bermula dari Batu Caves. Dengan cermat, pemanduan dimulakan. Satu kereta Wira dengan tiga penumpang termasuk pemandu. Sebelum memasuki Lebuhraya Utara-Selatan, minyak kereta perlu diisi. RM45 dibelanja untuk minyak hampir penuh satu tangki. Seterusnya, kereta memasuki Lebuhraya Utara-Selatan melalui Tol Duta. Untuk pemandangan malam yang cantik, hentian Vista Point selepas Tol Ipoh Selatan mampu memberikan pemandangan yang mengujakan.

Tip Pemanduan: Perancangan pemanduan mesti dilakukan sama ada bertulis atau tidak. Rancang giliran pemanduan dan perhentian rehat. Penting bagi memastikan trip anda seronok dan selamat. Sekiranya berlaku kerosakan, telefon nombor kecemasan yang terdapat pada tiket tol anda.

5 Feb 2015
3.00pg-Tiba di Tol Juru. Jadi, RM43.30 dikeluarkan untuk tol. Kami meneruskan perjalanan memasuki Pulau Pinang melalui jambatan lama iaitu Jambatan Pulau Pinang. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila kami berhenti di Jambatan Pulau Pinang. Kami tidak mengetahui tentang larangan tersebut.Nak dijadikan cerita, kami diberi amaran oleh peronda jambatan agar tidak meletakkan kereta di bahu jambatan. Namun, kami sempat mengambil gambar di jambatan yang menjadi simbolik Pulau Pinang.
Saya dan sahabat di atas Jambatan Pulau Pinang

4.00pg-Masih awal pagi. Jadi kami mengalas perut terlebih dahulu di Restoran Pelita cawangan Pulau Pinang di hadapan USM. Purata RM4 dibelanja untuk teh tarik dan roti. Kurang memuaskan diatas layan yang diberikan oleh staf.

5.00pg-Masih awal ke? Jadi kami bertiga lepak di Cyber Cafe bersebelahan Pelita selama sejam pada kadar RM2 menunggu masuk waktu Subuh.

6.00pg-Solat Subuh di Masjid USM. Setelah selesai, mata direhatkan sebentar sebelum aktiviti seterusnya.

8.30pg-Kami mulakan aktiviti pagi kami di Pulau Pinang ini dengan mengisi perut. Tidak mesti tidak, sarapan yang terkenal di sini, Taman Tun Sardon perlu dirasai. Mesti! Pencarian kami ke destinasi yang dituju tidak sia-sia. Memang sedap seperti dinyatakan di dalam lagendanya! Serabai bersama kuahnya cukup menendang (kick) deria rasa. Kopi dan teh tarik memang kaw! Mau terangkat dibuatnya. "Nora bagi 5 bintang!!" Selain itu, nasi Lemuni juga sedap bersama servisnya yang terbaik. Pendek kata, permulaan percutian kami di Pulau Pinang memang terbaik!!

10.00pg- Percutian diteruskan lagi dengan tempat yang signifikasi dengan Pulau Pinang, Bukit Bendera. Minyak, RM45 diisi bagi meneruskan perjalanan. Kami tiba di Bukit Bendera pada jam 10.50pg. Sebenarnya, perjalanan dari Taman Tun Sardon ke Bukit Bendera hanya memakan masa dalam 30 minit. Namun, perangkap GPS menyebabkan kami sesat. Awas, kepada sesiapa yang menggunakan GPS untuk ke Bukit Bendera! Pastikan anda menetapkannya di Tren Bukit Bendera. Jika tidak, ia akan membawa anda ke trek Bukit Bendera seperti kami! Tiket untuk menaiki tren Bukit Bendera adalah RM10 dan RM6 untuk pelajar. Jadi total RM6 tambah RM3 untuk 'parking'.
"Selamat Datang ke Bukit Bendera"


Pintu Masuk Tren Bukit Bendera
Pemandangan yang cantik. Nampak satu Pulau Pinang. Udara yang nyaman. Memang salah satu destinasi yang mesti dilawati bagi pelancong yang melancong ke sini. Satu tarikan baru yang unik adalah LOVE. Apa itu LOVE?
Padlock 'LOVE'
BUKIT BENDERA
Ber'selfie' berlatarkan LOVE
Pemandangan Bandar Georgetown dan Tanah Besar

"Mahu ke mana?"

Kepada sesiapa yang meminati seni bina tradisional, anda juga boleh melawati Tokong Kek Lok Si. Salah satu daripada tokong terkenal di Malaysia yang sangat besar. Seni binanya juga unik dan menarik. Lokasinya, berhampiran dengan Bukit Bendera. Hanya 5 minit perjalanan kereta. Hanya perlu membayar RM3 untuk letak kereta.

2.45ptg-Sedar atau tidak, jam sudah menandakan pukul 2.45ptg. Perut sudah berbunyi dan lapar. Maka, tiba masa untuk ke salah satu tempat makan yang terkenal di Pulau Pinang iaitu Nasi Kandar Line Clear. Kedainya tidak seperti namanya yang terkenal, hanya gerai di celah bangunan. Namun, rasanya cukup asli. Rasa karinya yang pekat dan kaya dengan rempah. Memang terangkat! Jadi RM9 untuk sepinggan nasi kandar, ayam goreng, sayur berserta kuah banjir dan segelas teh ais.

5.05ptg-Malam hampir menjelma. Setelah menikmati makan tengah hari, daftar masuk tempat penginapan perlu dilakukan. Ingin mencari penginapan yang murah? Disini kami berjaya mencari tempat menginap pada kadar RM7/mlm. YA! Hanya RM7 untuk satu malam. Jadi jumlah penginapan untuk seorang adalah (RM7X3)+RM4=RM25. Caj RM4 yang dikenakan adalah untuk perkhidmatan dobi cadar. Jadi memang sangat berbaloi untuk percutian bajet. Di mana? Kami menginap di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang.
Atau hubungi 04-6581369 (Pejabat Kompeks Belia dan Sukan Pulau Pinang) untuk maklumat lanjut.

11.00mlm-Setelah berehat dan pengurusan diri, masa untuk menikmati makan malam. Di mana? Kami bergerak ke Medan Selera Padang Kota. Kali pertama tiba di sana, kami dihurungi oleh pelayan-pelayan gerai di medan selera. Pengalaman pertama di pulau mutiara ini. Jadi, diringkaskan cerita, kami memesan Mee Udang bagi saya dan sahabat saya. Mee sotong bagi sahabat saya yang lain. Agak terkejut dengan harga Mee Udang, satu pinggan mee bersama dua ekor udang dengan harga RM8. Harapan kami untuk merasai rasa Penang namun timbul rasa penyesalan. Manakala harga bagi Mee Sotong pula RM6. Satu pengajaran berharga buat kami, tanya harga dulu! Pesan kemudian. Namun, bagi mengelakkan ia menghantui kami berdua, kami hanya menikmati mee RM8. Rasanya OK namun tidak mencapai markah penuh.

12.00pg-Sebelum pulang, kami bersiar-siar di sekitar bandar Georgetown, menikmati pemandangan malam bandar Warisan UNESCO. Satu hari yang memenatkan namun diisi dengan keseronokan percutian. 

Jadi total perbelanjaan bersama untuk hari pertama percutian:
RM45 - Minyak dari K. Lumpur ke Penang
RM43.30 - Tol dari Tol Duta ke Tol Juru
RM45 - Minyak untuk di pulau
<RM10 - Bayaran Letak Kereta
=>RM143.30/3=RM48

Perbelanjaan peribadi:
RM4 - Makan awal pagi di Pelita
RM4- Sarapan di Taman Tun Sardon
RM6 - Tiket tren Bukit Bendera
RM9 - Nasi Kandar Line Clear
RM25- Penginapan keseluruhan
RM8+RM1.50- Mee Udang + Teh Tarik
=>RM58

Total hari pertama=RM58+RM48=RM106

Nantikan kemas kini selanjutnya untuk hari percutian kami seterusnya di Pulau Pinang dengan aktiviti yang padat namun di dalam bajet yang rendah.

10 comments:

  1. Nice entry. I am planning my next trip to Pulau Pinang (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx. Rancang sebaiknya supaya trip anda menyeronokkan :D

      Delete
  2. Hi. Nak tanya keadaan bilik di asrama kompleks belia & sukan ? Ok tak ? Atau pun ade komen. TQ.

    ReplyDelete
  3. Maaf di atas balasan yang lambat.
    Keadaan bilik di asrama kompleks belia & sukan hanya menyediakan kemudahan yang asas. Sesuai utk backpacker. Namun jika anda inginkan tempat yang selesa, ianya bukan pilihan utk anda

    ReplyDelete
  4. Hi there, charge cadar untuk penginapan tu memang per group ke eh? ke per head? Thanks in advance !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Per head.kalau check in sorg, mgkn akan 1 bilik dgn org lain

      Delete
  5. Nice sharing. Dari haritu dok survey hotel n tempat yg nk pergi kt penang sbb nk bawak 3 askar ni. Bukan bole men redah je 😅

    Btw. Salam perkenalan 😉

    ReplyDelete
  6. Selamat Pagi, perkenalkan kami perwakilan Mahkota Medical Centre Surabaya Rep Office. kami adalah salah satu perwakilan di jawa timur. kami siap membantu dan memberikan:
    1. informasi seputar mahkota dan malaca malaysia
    2. informasi fasilitas & kesehatan
    3. Appoitment dokter dan arange perjalanan sampai akomodasi dengan Company Rate kami
    4. Second opinion langsung dari Dokter kami.
    Semua pelayanan ini FREE of Charge, walaupun hanya untuk bertanya atau sekedar second opinion dari Dokter lain kita siap membantu .Jika Membutuhkan infomasi tentang Mahkota Medical Centre Melaka Malaysia, silahkan hubungi kantor perwakilan kami….
    Surabaya Representative Office
    Mahkota Medical Centre
    Jl. Barata Jaya XIX / 31C
    Surabaya 60131 – Indonesia.

    031-5020588 / 5026502
    WA : +6281 331777697
    Line : +6281 4026 2166
    Phone : +6283 8300 28050
    Email : mmcsurabayaoffice@gmail.com
    Fb : https://www.facebook.com/mmc.surabaya
    http://mahkotamedicalcentresurabayaoffice.blogspot.co.id/

    ReplyDelete
  7. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN, DAN PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ KAMI DESIGN SANGAT MENARIK, HEMAT DENGAN LAYANAN BEST, PASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNIT KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA, PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE ) TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPOR
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.

    SERVICES TERMASUK :
    1. TRANSPORT
    2. PEMANDU PELANCONGAN
    3. HOTEL 3 BINTANG
    4. BREAKFAST 3X
    5. MAKAN TENGAH HARI 3X
    6. DINNER 3X
    7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    9. MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA HUBUNGI DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : TIARATOURSINDONESIA@GMAIL.COM.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL


    ReplyDelete
  8. Pakej Muslim Medan-Berastagi-Danau Toba 3H2M

    Hari-1 : Airport-Berastagi-ParapatDanau Toba (L,D)

    Setiba rombongan di KUALA NAMO INTERNASIONAL AIPORT rombongan akan langsung di sambut oleh Pemandu kami.Lepas itu rombongan langsung Bertolak menuju Berastagi, sebuah bandar di puncak pegunungan nan sejuk – famous dengan PASAR BUAH dan bunga sambil menikmati sejuknya BERASTAGI CITY perjalanan memakan masa 3 jam. Setiba di BERASTAGI Rombongan berhenti untuk makan Tengah hari ..Rombongan akan disajikan dengan makanan serba enak....Lepas makan siang Rombongan langsung Bertolak langsung menuju PARAPAT . Di perjalanan menuju PARAPAT Rombongan berhenti sejenaak di PUNCAK INDAH SIMARJARUNJUNG untuk menikmati teh haliya and PISANG GORENG. Lepas itu Rombongan menuju PARAPAT untuk CHECK INN Hotel and DINNER.
    Enjoy the night life of lake toba


    Hari-2 : Danau Toba – P.Samosir - Medan (B,L,D)
    Setelah sarapan di hotel,Rombongan akan menyebrang ke PULAUSAMOSIR dengan naik Speedbot – Pulau di tengah Tasik Toba,KAMPUNG TUA TOMOK– famous dengan RAJA SIDABUTAR lagenda Putri Tasik dan TARI SIGALE GALE, dan anda akan dibawa membeli Oleh oleh di PASAR TRADISIONAL TOMOK Perbagai barang-barang cenderahati dan sebagainya dijual disini. Lepas itu Rombongan melawat ke KAMPUNG AMBARITA untuk melihat rumah adat tradisional yang unik. And menyaksikan tempat Dulunya orang BATAK dipancung.Lepas itu Kembali ke hotel, check out makan tengah hari di lokal restaurant. Bertolak ke MEDAN perjalanan memakan masa hampir 5 jam dan dapat lihat pemandangan yang penuh pokok getah, kelapa sawit dan kawasan padi ( boleh berhenti untuk mengambil gambar kenangan) dalam perjalanan kita singgah di PATEN SHOP tempat membeli oleh – oleh khas yang terkenal dengan namaTING TING – TENG TENG –TONG TONG . Lepas itu langsung bertolak ke MEDAN. tiba di Medan check in hotel – free program. Makan malam di Lokal restoran.


    Hari-3 : Medan City Tour/Shopp (B,L)
    Selesai BREAKFAST Rombongan check out, Rombongan akan bertolak menuju ISTANA MAIMUN,MASJID RAYA AGUNG And PASAR IKAN LAMA untuk berburu oleh oleh khas MEDAN Seperti BIKA AMBON ,PANCAKE DURIAN,And BOLU MERANTI . Makan tengah hari di perjalanan ke bandara ,Selanjutnya berangkat menuju KUALA NAMO INTERNASIONAL AIRPORT.Sesampainya di airport TOUR pun selesai, and SEE YOU


    .

    PAKET TOUR MEDAN SUDAH TERMASUK
    · Transfortasi full AC
    · Makanan serba halal
    · Biaya parkir

    ReplyDelete